Breaking News
recent

TELEFON PINTAR CHINA - LEAGOO LEAD 1

China merupakan sebuah kuasa besar dalam teknologi, walaupun ramai mendakwa kebanyakkan teknologi di china adalah hasil ciplak dari negara kuasa besar teknologi seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kami berpendapat, China sedang membina kredibilitinya sendiri. Lihat sahaja brand-brand dari china yang makin pesat berkembang atas kapasitinya sendiri, contohnya OnePlus, yang merupakan antara telefon pintar terbaik dunia. Kami akan kupas mengenai Oneplus dengan lebih lanjut dalam artikel-artikel mendatang.

LEAGOO

Di artikel ini, kami hendak memperkenalkan Jenama-jenama telefon pintar dari China yang masih kurang dikenali di Malaysia. Mengapa kami mengangkat Jenama dari China? Kerana bagi kami produk-produk dari China memberi nilai kepada wang, dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang baik dan boleh diterima, 'Value for Money'

LEAD 1

LEAGOO Mungkin asing bagi kebanyakan pengguna telefon pintar di Malaysia. Leagoo Lead 1 pula merupakan antara model telefon pintar terbaik keluaran Leagoo. Dengan rekabentuk yang menarik dan kemas, kami jangkakan ianya akan menarik minat golongan yang mementingkan rekabentuk tanpa mengkompromikan spesifikasi. Permukaan belakang yang seakan Netbook Toshiba memperlihatkan kualiti binaan yang baik dan setanding jenama terkemuka. Paparan skrin 5.5' dengan teknologi IPS HD, 720p.
Mengunakan chipset MTK6582, yang biasa dikalangan telefon pintar dengan spesifikasi sederhaha.

 REKABENTUK MENARIK

Disini kami paparkan beberapa keping gambar Leagoo Lead 1 untuk tatapan umum.

 
LEAGOO LEAD 1

NIPIS. LEAGOO LEAD 1


2 SLOT SIM LEAGOO LEAD 1

 

LEAGOO LEAD 1




PANDANGAN HADAPAN, TEPI DAN BELAKANG LEAGGO LEAD 1



SKRIN 5.5" LEAGOO LEAD 1

AKSESORI LEAGOO LEAD 1


 PILIHAN WARNA

Leagoo Lead 1, didatangkan dalam 4 variasi warna, hitam, putih, merah dan biru. Dengan harga yang kompetitif sekitar RM500.00, kami jangkakan Leagoo dapat memberi persaingan hebat kepada Jenama-jenama terkemuka dunia yang lain.



Sumber : leagoo.com


The antz crew

The antz crew

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.