PEBBLE TIME
Pasti ramai yang tahu atau pernah dengar tentang Pebble smart watch. Hari ini Pebble, sedang mengadakan 'crowdfunding' atau dalam bahasa mudahnya mengumpul dana atau sumbangan peminat untuk menghasilkan Smartwatch mereka yang terbaru yang dinamakan Peble Time.EBBLE SMART WACTH DENGAN VARIASAI WARNA YANG MENARIK |
Pebble time memiliki ciri-ciri yang lebih hebat 'awesome' daripada generasi pertama, lebih nipis (sehingga 20%) serta ergonomics dan jangka hayat bateri yang tahan lebih lama, 2 Faktor utama yang sangat praktikal untuk sebuah gajet yang digelar 'jam'. Ciri ini adalah hasil daripada penggunaan e-paper untuk 'display' dan mampu bertahan sehingga 7 hari. Pebble juga turut memperkenalakan teknologi 'voice control' untuk membalas pesanan hanya dengan arahan suara, malah pengguna juga boleh membuat catatan atau nota dengan ciri baru yang futuristik ini dengan menggunakan beberapa applikasi terpilih. Hebat bukan? sepertinya pengguna boleh berkomunikasi dengan 'jam' mereka. Fungsi hebat ini dioptimasikan untuk pengguna android, namun pengguna apple boleh memilikinya dengan fungsi-fungsi yang terhad.
Pebble Time juga akan ditawarkan dengan pilihan tali silikon. 'watchband' yang mempunyai beberapa variasi warna, merah, hitam dan putih. Antara fungsi menarik Smartwatch ini termasuklah applikasi 'timeline' dimana semua aktiviti dapat dipaparkan dan disenggara melalui satu button disebelah kanan skrin
JAM TANGAN PINTAR YANG MENARIK DAN CATCHY |
KICKSTRATER
Sebuah web site mengumpul dana Kickstarter telah dibangunkan untuk tujuan ini. Apa yang menariknya, hanya dalam masa satu jam bermula dari pengumuman pebble mengenai projek Pebble Time ini, dana tersebut telah berjaya mengumpul lebih dari USD2 juta yang disumbangan oleh para peminatnya, suatu amaun yang melebihi jangkaan asal pebble sendiri, sekitar USD 500,000.00 sahaja.
Generasi pertama pebble smartwatch sebelum ini, berjaya mengumpul dana sebanyak USD10 juta dan berjaya menghasilkan dan menjual 1 juta unit smartwatch. Generasi smartwatch pebble yang baru ini turut direka dengan suatu port khas, memberi peluang kepada pembuat hardware untuk menghasilkan aksesori khas buat Gajet Canggih ini.
Pebble berhasrat untuk meyiapkan dan membuat penghantaran smartwacth ini kepada para penyumbang, 'crowdfunder backers' pada penghujung mei ini, dan membuka jualan runcit kepada orang ramai dengan harga pasaran sekitar USD 199.00 pada penghujung tahun.
PANDANGAN SISI. SOFISTIKATED |
Sumber : BBC News MacRumors
No comments:
Post a Comment