Breaking News
recent

Telefon Pintar Murah Bawah RM200 Daripada ZTE

Dalam zaman kecanggihan teknologi telekomunikasi sekarang, skrin telefon pintar yang lebih besar di anggap lebih baik. Namun ZTE sebuah syarikat telekomunikasi yang agak terkenal dalam kelompok pembuat telefon pintar baru melawan arus ini dengan memperkenalkan telefon dengan skrin 4".

ZTE Blade Q1

Zte memperkenalkan ide rekaan yang baru dan terkini untuk telefon pintar bersaiz kecil daripada biasa. Walaupun telefon berskrin besar memberi kelebihan penglihatan yang lebih jelas kepada pengguna namun ianya tidak begitu selesa digunakan dengan sebelah tangan. Blade Q1 mewarisi kegemilangan telefon bersaiz kecil yang lebih praktikal dan selesa tanpa mengabaikan faktor-faktor yang perlu ada pada setiap telefon pintar masa kini.

ZTE BALDE Q1, TELEFON PINTAR BAWAH RM200.00

Di bawah ini kami gariskan beberapa kelebihan yang ada pada ZTE Blade Q1

Kecil dan Bergaya

Blade Q1 direka khusus buat generasi muda yang energetik dan sentiasa bergerak. Telefon ini dibina dengan bahan polycarbonate yang berkilat pada bahagian belakangnya, ianya sangat tahan lasak dan yang menariknya bahan yang sama digunakan pada iPhone 5c, wow! material yang sama dengan telefon pintar yang berharga lebih RM1,000.00, boleh menjadi milik anda di bawah RM200.00. Teruskan membaca untuk perkara-perkara menarik mengenai telefon pintar ini.

Selesa di Genggaman


Bahan polycarbonate mempunyai rasa licin seperti plastik yang lembut. Blade Q1 direka dengan bucu yang selesa di genggaman. Sebagai tambahan, skrin kecil memberi kelebihan genggaman hanya dengan sebelah tangan. Pengguna dapat menyentuh segenap penjuru skrin dimana ianya mustahil dilakukan pada telefon pintar bersaiz besar

Konfigurasi Yang Memadai

Walaupuna Blade Q1 ditawarkan pada harga yang sanggat murah, sekitar RM199.00 sahaja, konfigurasi dan spesifikasi pada telefon pintar ini tidaklah terlalu rendah malah dijangka dapat menarik minat orang ramai. Dengan mengaplikasikan Android 4.4 sebagai OS, CPU MT6572M dua-core (1ghz), Memori simpanan (Flash memory) 4gb dan memori dalaman 512 MB (RAM). Spesifikasi ini sudah cukup untuk membolehkan pengguna bermain dengan aplikasi harian yang biasa tanpa sebarang masalah. Tambahan skrin yang kecil mengunapakai tenaga bateri yang sedikit sekaligus memanjangkan tempoh hayat bateri.

Fungsi Kamera Yang Baik

Walaupun Blade Q1 merupakan telefon pintar dengan bajet yang rendah dan mampu milik, demi memenuhi kehendak generasi muda, telefon pintar ini didatangkan dengan fungsi kamera yang baik dan sangat sesuai untuk merakam aksi 'selfie' mahun 'wefie' dan berkongsi di media sosial. Kelebihan pada telefon kompak ini, fungsi rakam boleh diaktifkan melalui 'senyuman' tanpa memetik butang 'shutter'. Fungsi yang jarang ada pada telefon pintar dalam kategori yang sama. Selain itu fungsi seperti pengesanan wajah dan kunci masa memudahkan pengguna untuk merakam aksi selfie yang menarik dan 'gila-gila remaja'

Antaramuka Mudah Guna

Blade Q1 mengaplikasikan design 'home button' ZTE yang biasa. Diapit oleh Butang berbentuk dua titik sebagai menu dan Butang 'Kembali'. Dengan fungsi getaran semasa sentuhan, dan rekaan menu yang mudah difahami, pengguna tidak memerlukan banyak masa untuk biasa dengan telefon pintar kecil ini. Telefon ini turut dilengkapi dengan fungsi khas buat pengguna yang mempunyai masalah penglihatan yang kurang jelas, antaramuka khas dengan tulisan yang lebih besar memudahkan pengguna.
Blade Q1 dilengkapi dengan turutan aplikasi yang tersedia pasang seperti Perkhdimatan Google termasuk Gmail, Google+, Drive, YouTube, malah turut mempunyai Office. 

Pemain Video

Blade Q1 menyokong sepenuhnya Video definisi tinggi dan tidak bermasalah untuk memainkan Video dengan resolusi 720p berdefinisi tinggi dengan lancar. Kualiti audio juga bolehlah dibanggakan untuk telefon pintar kecil ini.

Spesifikasi

OS: Android 4.4
Skrin: 4 inci, 800 x 800
CPU: 1 GHz MT6572M dual core
Memori Dalaman : 512 MB RAM + 4 GB ROM
Kamera: 2-megapixel (Belakang) and 0.3-megapixel (Hadapan)
Rangkaian: GSM: 850/900/1800/1900 MHz; UMTS: 900/2100 or 850/2100 MHz
Bateri: 1400 mAh
Dimensi: 126.5 mm x 64 mm x 9.8 mm

 Ramalan The Antz Crew


Balde Q1 sebuah telefon pintar kompak yang mampu milik dengan rekaan yang ergonomik, dan merupakan antara telefon pintar paling murah dengan spesifikasi yang tiada kompromi. Telefon ini bolehlah didefinasikan sebagai telefon pintar kecil 'berjiwa besar'

sumber : zte.com.cn
The antz crew

The antz crew

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.