Menara Kebangaan Pulau Pinang ini, menempatkan Pejabat-pejabat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri dan lot-lot kedai di bahagian bawahnya. KOMTAR turut menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, dan menjadi tempat mesyuarat bagi Exco.
Bangunan KOMTAR setinggi 65 Tingkat, 232Meter, memulakan pembinaan pada 1974 dan majlis pecah tanah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Dato Lim Chong Eu. Bangunan ini direkacipta oleh arkitek Team 3 (AT3) daripada singapore namun mengunakan sepenuhnya tenaga pakar tempatan bagi tujuan design dan pembinaan. Menariknya rekabentuk menara KOMTAR mempunyai 12 segi geometri, seolah-olah sebuah blok lego yang besar. Idea yang menarik untuk sebuah bangunan mercu tanda Malaysia ketika itu.
Trivia :
Tahukah anda di Johor jugak ada sebuah menara KOMTAR yang mirip 'abang'nya di Pulau Pinang, namun 'adik' hanya setinggi 25 Tingkat.
No comments:
Post a Comment