Breaking News
recent

Jam Tangan Pelik

 Jam Tangan

Jam tangan merupakan aksesori wajib bagi si kaki stylo. Tanpa jam seolah terasa kekok. Di zaman yang serba canggih ini, Jam tanggan turut berubah wajah, daripada Jam tangan analog ke digital, dan sekarang ke era yang lebih 'advance'.

Di bawah ini kami paparkan jam tangan yang paling pelik dan menarik yang pernah kami temui.

Tread 1

 Sebuah syarikat terkenal, Devon melancarkan Jam tangan yang diberi nama 'Tread 1'. Sepertimana namanya 'tread' yang bermaksud kincir, jam tangan ini direka seolah sistem kincir dengan tali sawat yang diikat kemas dan membaluti bahagian nadi Jam tersebut. Terdapat motor yang berasingan untuk mengawal pergerakannya.

Masa di perincikan atau diperlihatkan sebagai angka di dalam bentuk potongan segiempat sama pada tali sawat yang berputar dan silih berganti di permukaan jam tersebut.


JAM TANGAN PELIK. MEWAH. BERGAYA.

Apa yang menarik tentang Jam ini ialah, ianya diperbuat daripada bahan polycarbonate kalis peluru. Jika anda seorang ejen ketenteraan mahupun detektif persendirian, inilah Jam yang Wajib anda miliki. Namun untuk memiliki jam ini, anda perlu terlebih dahulu mempunyai poket yang tebal dalam erti kata lain orang berada, kerana Jam ini akan menghilangkan amaun sebanyak USD 15,000.00 atau lebih kurang RM60,000.00 dari akaun bank anda.

sumber : slashgear.com

The antz crew

The antz crew

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.