Breaking News
recent

Cara Mudah Menarik Trafik Ke Blog Anda

Ramai yang marah kami selepas membaca artikel 'Bagaimana Kami Membuat Duit Dengan Blog?'. Seperti melepaskan batuk di tangga kata pembaca kami.

Untuk membendung kemarahan para pembaca kami, kami rajinkan diri untuk mengolah artikel dan infografik tersebut ke bahasa melayu agar dapat difahami dengan mudah, 'direct to the point' orang kata.
 

Untuk mendapat trafik yang tinggi adalah untuk penting untuk tidak mengabaikan kesemua perkara ini.

•Konsisten
Berblog secara konsisten, sekurang-kurangnya 1 artikel sehar. Dengan membuat lebih banyak entri, peluang untuk artikel anda dijumpai.


•Penyenaraiaan Direktori
Senaraikan blog anda ke dalam direktori-direktori yang popular seperti ping busuk dan lain-lai. Penyenaraian ini dapat menaikkan 


•Media Sosial
Kongsi segala artikel / post ke dalam rangkaian media sosial


•Pemasaran Artikel
Buat artikel yang memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Selalunya blog-blog hebat akan mendapat jemputan daripada syarikat yang memasarkan produk-produk atau perkhidmatan untuk menghasilkan pengiklananan advetorial.


•Blogger Undangan
Undang selebriti blogger untuk menulis di blog anda, sekaligus menumpang populariti blogger tersebut, 'ride the wave' kata mat salleh.


•Komen/ Blogwalking
Selalulah melawat dan komen dalam blog rakan, dengan ini backlinks ke blog anda akan meningkat secara drastik. Blokwalking lah selalu ya, anda pasti jumpa sesuatu yang menarik dibaca setiap hari.

Tahniah, kini anda selangkah ke hadapan untuk menjadi bloger yang berdaya saing. Selamat mencuba.
The antz crew

The antz crew

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.